Mobile Legend Merdeka Sport Day @ Kolej Komuniti Arau
27 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2026, Kolej Komuniti telah menganjurkan program Merdeka Sport Day yang turut menampilkan pertandingan permainan atas talian Mobile Legends. Pihak NADI telah dijemput untuk mengurus dan menyelaras perjalanan pertandingan Mobile Legends sepanjang program berlangsung.
Selain itu, pihak NADI juga telah menjalankan saringan kesihatan kepada staf Kolej Komuniti sebagai salah satu aktiviti sampingan semasa pertandingan berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan warga kolej kerana bukan sahaja menyediakan aktiviti sukan dan e-sukan, malah turut memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
Kerjasama antara Kolej Komuniti dan pihak NADI ini berjaya mewujudkan suasana yang meriah, mengeratkan hubungan antara agensi serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta dan staf.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: